Keamanan dan perpaduan prasyarat utama negara capai kemajuan – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya bahawa keamanan dan perpaduan ialah prasyarat utama sesebuah negara untuk mencapai kemajuan.

Tegasnya menerusi hantaran di Facebook, negara dihuni pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India serta masyarakat Sabah dan Sarawak adalah keunikan yang wajib dipelihara.

“Semangat tahun kuda yang melambangkan keberanian, ketangkasan dan daya tahan harus menjadi pemangkin untuk kita terus melangkah maju sebagai sebuah bangsa yang bersatu, berdaya saing dan berdaya tahan,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas berkunjung ke Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Khantan Baru bagi bersama masyarakat setempat meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.

Baca artikel lain: SPRM mohon lucut harta Putera Turki Abdullah Al-Saud

Pada masa sama, Perdana Menteri berkata, dalam suasana harmoni dan muhibah, kepelbagaian kaum dan budaya menjadi kekuatan utama negara.

“Malaysia ibarat sebuah keluarga besar, berbeza latar namun bersatu dalam semangat saling menghormati dan berkongsi kegembiraan.

“Kerajaan MADANI akan terus memastikan tiada kumpulan masyarakat yang terpinggir.

“Bantuan pembangunan, pendidikan dan kebajikan disalurkan tanpa mengira kaum atau wilayah kerana kepemimpinan yang sebenar menuntut kita merasai denyut nadi setiap rakyat,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Puad dakwa UMNO amal budaya kronisme dalam memilih calon

BEKAS Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mendakwa amalan memilih calon berdasarkan kelompok, kroni...

More Articles Like This