JAWATAN Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang telah kosong sejak pengunduran Tan Sri Muhyiddin Yassin awal bulan lalu dijangka diketahui Ahad ini.
Pengganti kepada Muhyiddin yang dijangka daripada Pas itu akan dibincangkan pada mesyuarat luar biasa Majlis Tertinggi (MT) PN.
Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang kepada media selepas menyampaikan kuliah duha di Masjid Rusila, Marang, hari ini.
Menurut Abdul Hadi, mesyuarat luar biasa MT PN itu juga mungkin menyentuh tentang isu Ketua Pembangkang selepas Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), minggu lalu.
“Kita akan bincang dan putuskan Pengerusi baharu PN dalam mesyuarat (Ahad ini).
Baca artikel lain: PN gesa tubuh jawatankuasa khas bertaraf RCI siasat perjanjian mega RM1.1 bilion
“Memang kita (Pas) berhasrat nak ambil alih PN. Mengenai jawatan Ketua Pembangkang belum buat keputusan lagi, mungkin dibincangkan juga Ahad ini,” katanya.
Mengulas mengenai kunjungan Hamzah selepas dipecat baru-baru ini, Abdul Hadi mengakuinya tetapi memberitahu turut menerima kunjungan wakil Muhyiddin yang diketuai Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin.
“Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak, iaitu kumpulan Hamzah dan Muhyiddin, masing-masing mengemukakan hujah dan kita akan berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan.
“Yang penting kita nak selamatkan PN dahulu kerana Pas berpendapat jika mahu memerintah negara, ia mesti membabitkan semua pihak,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

