UTUSAN Binders Sdn. Bhd. (Utusan Binders) selaku penerbit UtusanTV ingin menjelaskan bahawa portal berita dan syarikat ini tidak ada kaitan langsung dengan mana-mana akhbar atau media atau laman web lain yang turut menggunakan nama UTUSAN.
Portal UtusanTV termasuk enam jenama majalah di bawahnya iaitu Al-Islam, Saji, Mastika, Wanita, Hijab dan URTV adalah milik sah Utusan Binders.
Kebelakangan ini pihak Utusan Binders ada menerima aduan mengenai terdapat beberapa pihak yang didapati menggunakan nama UtusanTV untuk tujuan tertentu termasuk pengiklanan dengan cara yang salah dan mengelirukan klien UtusanTV.
Baca artikel lain: UtusanTV, Fipper teroka jalin kerjasama strategik
Ia termasuk menggunakan template posting dan pilihan warna di media sosial yang seakan-akan sama dengan UtusanTV.
Utusan Binders menegaskan sekali lagi UtusanTV tiada kaitan dengan kandungan, pemilikan, pengurusan dan operasi mana-mana agensi yang menggunakan nama UTUSAN yang dimiliki syarikat lain.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

