MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara bersetuju untuk menangguhkan Pemilihan UMNO yang dijadualkan berlangsung pada tahun ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini bagi memastikan seluruh jentera parti dipersiapkan untuk menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).
“Tarikh tidak boleh melebihi enam bulan selepas PRU-16 selaras dengan peruntukan Perlembagaan UMNO di bawah Fasal 10.16, Fasal 10.16.1 dan Fasal 10.16.2,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pada masa sama, Asyraf Wajdi berkata, sempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke-80 pada tahun ini, parti akan menganjurkan Kongres Pendidikan Bumiputera pada 1 Mei 2026 dan Konvensyen UMNO.
Jelasnya, Konvensyen UMNO akan diadakan pada 2 Mei 2026 bertempat di Dewan Merdeka, World Trade Centre.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

