Siri pengeboman Israel, AS sasar sekolah rendah, 53 terkorban

Dari Penulis

SEKURANG-kurangnya 53 orang terkorban susulan daripada serangan Israel ke atas sebuah sekolah rendah perempuan di Minab, wilayah Hormozgan di selatan Iran, menurut media kerajaan.

Serangan tersebut merupakan satu di antara usaha pengeboman yang dilakukan oleh rejim Zionis bersama sekutunya Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran.

Agensi berita IRNA melaporkan, pasukan penyelamat kini sedang berusaha membersihkan sekolah rendah berkenaan yang mana serangan turut mengakibatkan 63 orang cedera.

Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi yang berkongsi gambar serangan menerusi platform X berkata, ia telah mengakibatkan sekolah musnah dan membunuh ‘kanak-kanak tidak bersalah.

“Jenayah-jenayah terhadap rakyat Iran tidak akan dibiarkan tanpa jawapan,” tulis Araghchi dalam satu catatan di X.

Sementara itu, Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei mengecam jenayah terang-terangan itu dan menggesa tindakan daripada Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dalam perkembangan sama, agensi berita Mehr melaporkan sekurang-kurangnya dua orang pelajar terkorban dalam satu lagi serangan Israel yang menyasarkan sekolah di bahagian timur Teheran.

Wartawan Al Jazeera, Mohammed Vall yang melaporkan berita dari Teheran mempersoalkan serangan tersebut susulan dakwaan rejim Zionis bahawa mereka menyerang pasukan tentera dan bukannya rakyat Iran.

“Presiden Trump telah berjanji kepada rakyat Iran bahawa bantuan akan datang kepada mereka, tetapi sekarang kita melihat korban awam.

“Itu adalah sesuatu yang akan ditekankan oleh kerajaan Iran sebagai kes pelanggaran undang-undang antarabangsa dan pencerobohan terhadap rakyat Iran,” kata Vall.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This