Konflik AS-Iran: Harga minyak dikhuatiri melonjak naik – Penganalisis

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

TINDAKAN ketenteraan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran dikhuatiri akan menyebabkan beberapa implikasi global terutamanya kepada harga minyak mentah dunia.

Geostrategis, Profesor Dr Azmi Hassan berkata, hal ini kerana saluran ataupun laluan yang sering digunakan oleh negara Arab untuk mengeksport minyak adalah Selat Hormuz.

Jelas beliau, Selat Hormuz pada ketika ini boleh dikatakan tidak selamat rentetan konflik yang berpanjangan.

“Kalau nak lalu pun, harga premiumnya tinggi, lebih-lebih lagi harga minyak tidak stabil, menjurus kepada kemungkinan harga minyak akan naik.

“Ia berpotensi merencatkan bukan saja rantaian bekalan minyak, tetapi juga rantaian bekalan yang lain-lain seperti yang berlaku Kesan daripada perang Ukraine,” katanya kepada UtusanTV.

Mengulas lanjut, Azmi yang juga Penganalisis politik dari Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara berkata, implikasi konflik itu bukan saja kepada negara Eropah mahupun Barat tetapi kepada negara ASEAN yang banyak membeli minyak daripada negara-negara Teluk.

Malaysia juga katanya dikhuatiri akan terkesan dari segi geopolitik, ekonomi, harga minyak dan rantaian bekalan makanan terencat.

Begitupun, katanya, Malaysia menunjukkan prinsip yang teguh jika mahu dibandingkan dengan negara ASEAN yang lain.

Hal itu kata beliau dapat dilihat apabila Malaysia menjadi negara ASEAN yang paling keras dan cepat mengeluarkan kritikan kepada serangan AS ke atas Venezuela, baru-baru ini.

“Negara lain tidak boleh berbuat apa-apa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mana Majlis Keselamatannya baru sahaja menamatkan perbincangan mereka, tidak ada resolusi yang dapat menyekat perang ini berterusan.

“Presiden AS, Donald Trump sendiri mengeluarkan kenyataan telah berjaya dalam serangan ke atas Venezuela, yang mana beliau mengaku sebagai Presiden Tentera yang paling kuat di dunia, tiada siapa yang dapat menyekat beliau.

“Perundangan antarabangsa tidak boleh mengekang beliau, yang hanya boleh mengekang beliau hanya moralitinya sendiri, tetapi kita tahu moraliti Trump itu bagaimana,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This