Fipper X Soloz kembali buat kali kedua, sokong perkembangan industri e-sukan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

JENAMA kasut gaya hidup tempatan, Fipper mengumumkan pelancaran koleksi ‘Fipper X Soloz’ 2026 yang kembali buat kali kedua bersama ikon e-sukan terkemuka negara, Soloz.

Koleksi terbaharu itu telah dilancarkan dalam satu majlis di sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang, semalam.

Fipper dalam kenyataan memaklumkan, kerjasama itu lebih daripada sekadar sebuah kolaborasi komersial sekali gus mencerminkan komitmen berterusan syarikat itu dalam menyokong perkembangan industri e-sukan.

Menurut Fipper, industri tersebut semakin berkembang pesat di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

Sebagai jenama tempatan yang telah 18 tahun kukuh, Fipper turut melihat e-sukan bukan sekadar platform hiburan tetapi ekosistem bakat, kreativiti dan komuniti yang memainkan peranan penting dalam membentuk budaya generasi masa kini.

“Seiring dengan sokongan terhadap industri ini, kejayaan luar biasa pelancaran pertama pada tahun 2023 yang habis terjual dalam tempoh yang sangat singkat di seluruh negara turut memperlihatkan sambutan kuat pasaran terhadap kolaborasi ini.

“Permintaan tinggi daripada peminat yang tidak sempat mendapatkan koleksi tersebut, menjadi antara pemangkin utama kepada kelahiran koleksi kedua pada tahun 2026,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Fipper memberitahu kolaborasi ‘Fipper X Soloz’ melambangkan keyakinan, identiti diri dan mentaliti untuk melangkah ke tahap seterusnya.

Katanya, koleksi buat kali kedua itu diinspirasikan daripada intensiti permainan kompetitif serta personaliti Soloz yang penuh karisma.

“Kontras warna yang menyerlah berinspirasikan estetika RGB gaming dengan keselesaan material premium yang direka untuk pemakaian sepanjang hari, ia juga didatangkan dengan pilihan warna edisi terhad yang dipilih bersama Soloz dalam gaya streetwear dan budaya e-sukan.

“Direka khas untuk Gen-Z dan golongan milenial muda, pemain permainan mudah alih, pempengaruh dan trendsetter, koleksi ini memperkasa generasi yang berani tampil berbeza dan bergerak dengan gaya tersendiri,” katanya.

Antara koleksi ‘Fipper X Soloz’ yang dikeluarkan buat kali kedua.

Tampil dengan dua gaya berbeza

Koleksi kedua ‘Fipper X Soloz’ itu memperkenalkan dua gaya berbeza yang disesuaikan mengikut gaya hidup dan keutamaan pemakai.

Gaya Slip-on direka untuk mereka yang gemarkan pemakaian mudah dan praktikal, senang disarung, ringan dan sesuai untuk pergerakan harian.

Ia hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Rage Burst iaitu kombinasi merah jambu dan ungu; Toxic Rush (neon) dan Over Drive (merah).

Sementara itu, koleksi Refitt pula tampil dengan silhuet klasik yang lebih berstruktur dan refined, sesuai untuk mereka yang menghargai gaya yang kemas, matang dan versatil.

Koleksi itu mempunyai dua pilihan warna iaitu Volt Signature (Neon) dan Crimson Legacy (Merah).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki didakwa pasang skimmer ATM, cuba curi data pelanggan bank

TAKTIK licik dua lelaki tempatan memasang peranti skimmer pada mesin juruwang automatik (ATM) bagi mencuri maklumat perbankan pelanggan berjaya...

More Articles Like This