Konflik Iran: Wisma Putra bantu rakyat Malaysia terkandas di beberapa negara

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra telah menghulurkan bantuan konsular kepada rakyat Malaysia yang terkandas di beberapa buah negara akibat pembatalan penerbangan.

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan, bantuan itu disalurkan melalui perwakilan-perwakilan diplomatik di negara-negara terlibat.

Antaranya, jelas Kementerian Luar ialah di Arab Saudi, United Kingdom, Syria, Jordan, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut Wisma Putra, semua individu yang dihubungi kekal selamat.

“Kementerian Luar sedang memantau secara berterusan perkembangan persekitaran keselamatan yang tidak menentu di Timur Tengah dan sedang melaksanakan tindak balas konsular yang diselaraskan.

“Keutamaan mutlak kami kekal terhadap keselamatan dan kebajikan warganegara Malaysia di negara-negara yang terjejas,” jelas Wisma Putra.

Rakyat Malaysia dinasihatkan berhubung dengan syarikat penerbangan masing-masing

Dalam pada itu, Wisma Putra menegaskan, semua pengembara Malaysia perlu berhubung terus dengan syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapatkan jadual penerbangan dan pelarasan laluan yang terkini.

Hal itu menurut Wisma Putra kerana situasi semasa yang sangat tidak menentu serta gangguan penerbangan dan penutupan ruang udara secara tiba-tiba.

jelas kenyataan itu, Bilik Operasi Kementerian Luar di Putrajaya juga ketika ini sedang giat menyelaraskan usaha-usaha konsular.

“Kementerian menggesa semua rakyat Malaysia agar kekal tenang, mengelakkan penyebaran khabar angin yang tidak ditentusahkan, dan hanya bergantung kepada sumber berita rasmi serta saluran rasmi Kementerian untuk mendapatkan maklumat yang tepat,” jelas kenyataan itu.

Wsima Putra turut menasihatkan semua rakyat Malaysia agar menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting ke rantau tersebut pada masa terdekat.

Selain itu, rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk mendaftar keberadaan mereka dengan segera melalui E-Konsular di https://ekonsular.kln.gov.my untuk memudahkan komunikasi dan bantuan.

“Semua rakyat Malaysia juga perlu mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan secara ketat, berlindung di tempat yang selamat jika dinasihatkan, dan sentiasa mengikuti laman media sosial rasmi perwakilan diplomatik Malaysia untuk kemas kini tempatan semasa.

“Bagi mendapatkan bantuan kecemasan konsular, rakyat Malaysia di kawasan terjejas yang tidak dapat menghubungi Perwakilan Diplomatik Malaysia boleh menghubungi Bilik Operasi Kementerian secara terus di talian +603-8887 4570 atau melalui e-mel di [email protected],” jelas kenyataan itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI komited pastikan setiap kerajaan negeri terima sokongan yang diperlukan – Saifuddin

KERAJAAN MADANI kekal komited memastikan setiap kerajaan negeri menerima sokongan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembangunan serta kesejahteraan rakyat. Menteri Dalam...

More Articles Like This