Anwar kongsi pendirian tegas Malaysia konflik Asia Barat kepada Modi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi pendirian tegas dan konsisten Malaysia berhubung situasi di Asia Barat yang kian memburuk ketika mengadakan panggilan telefon dengan Perdana Menteri India, Narendra Modi, semalam.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri memaklumkan, perbincangan dengan Modi tertumpu kepada perkembangan mutakhir di Asia Barat apatah lagi di bulan Ramadan yang sepatutnya menjadi medan damai dan ketenangan.

Menurut Perdana Menteri, beliau berkongsi pendirian tegas Malaysia dalam mengutuk pengeboman dan pembantaian Israel terhadap Iran yang didukung Amerika Syarikat (AS).

“Saya telah berhubung dengan Perdana Menteri India Narendra Modi pada lewat petang tadi (semalam).

“Kami sepakat untuk menyeru kepada penghentian segera pertempuran serta menggembleng usaha untuk menjunjung suara damai, diplomasi dan dialog yang sihat,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Sementara itu, Anwar memberitahu, beliau dan Modi turut sepakat bahawa Malaysia dan India mesti berganding bahu memperkukuh suara kolektif di semua pentas antarabangsa.

Katanya, ia termasuk di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan BRICS.

“Walhasil, kerjasama padu ini menjadi semakin mendesak tatkala dunia dirundung suasana ekonomi global yang kelam termasuk memberi kesan kepada aspek keterjaminan makanan.

“Insya-Allah, Malaysia dan India akan terus memperkukuh iltizam bersama demi keamanan sejagat,” katanya.

Perdana Menteri turut menghargai ucapan Modi kepada keluarga dan rakyat Malaysia bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, esok.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa bumi 7.9 magnitud landa Mindanao, gegaran dirasai di Sabah

SATU gempa bumi kuat dilapor telah berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 7.37 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam...

More Articles Like This