Ramanan seru ahli PKR bersatu padu, elak polemik dalaman

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

DATUK Seri Ramanan Ramakrishnan menegaskan bahawa PKR tidak boleh berpecah atau dibelenggu polemik dalaman yang melemahkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Beliau yang juga Naib Presiden PKR mengingatkan bahawa kekuatan sebenar parti terletak pada kesatuan hati serta disiplin seluruh jentera di setiap peringkat.

Berucap dalam Konvensyen PKR Johor yang turut dihadiri Perdana Menteri merangkap Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau turut menyentuh sikap individu yang dilihat kerap mengkritik parti secara terbuka sehingga memberi ruang kepada pihak lawan untuk memanipulasi keadaan.

Kenyataan itu dilihat sebagai merujuk kepada Rafizi Ramli yang kebelakangan ini sering mengeluarkan pandangan kritikal terhadap hala tuju parti dan kepimpinan.

“Ini bukan masanya untuk kita berbalas kenyataan di luar. Setiap perbezaan pandangan harus diselesaikan secara dalaman demi menjaga kekuatan parti,” katanya.

Menurut beliau, dalam suasana ekonomi global yang tidak menentu, kestabilan politik dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan perlu dipelihara, dan ia bermula dengan kesepaduan dalam parti sendiri.

Menteri Sumber Manusia itu juga berkata seluruh jentera PKR di Johor perlu memperkemas persiapan, memperkukuh organisasi serta bergerak sebagai satu pasukan yang tersusun bagi memastikan kemenangan berpihak kepada parti.

Konvensyen itu menjadi platform penting untuk menyelaras gerak kerja serta menyuntik semangat perjuangan dalam kalangan anggota, dengan mesej jelas bahawa kesatuan, kesetiaan dan fokus terhadap perjuangan mesti mengatasi kepentingan peribadi mana-mana pihak katanya dalam ucapan Konvensyen PKR Johor.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This