‘I’m home’, kata KJ selepas diterima semula dalam UMNO

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“I’m home (Saya sudah pulang)”.

Demikian kata Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam hantaran ringkas di akaun Instagram malam tadi.

Ia susulan keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menerima semula Khairy ke dalam parti itu tanpa syarat di bawah inisiatif Rumah Bangsa.

Dalam satu lagi hantaran, Khairy turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan MKT UMNO.

“Alhamdulillah. Terima kasih Presiden dan Majlis Tertinggi,” katanya.

Khairy merupakan antara antara 6,252 bekas pimpinan dan ahli UMNO yang diterima semula ke dalam parti itu termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Tan Sri Syed Hamid Albar.

Hantaran Khairy di Instagram

Langkah itu merupakan sebahagian sokongan terhadap gagasan Rumah Bangsa yang dicetuskan Ahmad Zahid.

Gagasan tersebut bertujuan menerima kembali tanpa syarat mana-mana ahli yang pernah digantung, dipecat, atau keluar parti sebelum ini.

Selain kepulangan tokoh-tokoh veteran, MKT turut meluluskan pindaan Peraturan Keahlian UMNO selaras dengan Fasal 5.2 Perlembagaan parti.

Pindaan ini membolehkan pendaftaran ahli dilakukan secara dalam talian bagi menarik minat lebih ramai golongan muda menyertai perjuangan parti tersebut.

Sebelum ini, Khairy telah mengemukakan permohonan rasmi supaya pemecatan keahliannya dibatalkan serta nombor keahlian asal diaktifkan semula.

Permohonan itu dibuat atas semangat Rumah Bangsa dan telah diserahkan kepada presiden parti dalam satu pertemuan yang diadakan pada bulan lalu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR bermesyuarat 12 Jun tentukan tarikh-tarikh penting

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas berhubung Pilihan Raya Negeri Johor ke-16 pada 12 Jun ini. Setiausahanya, Datuk...

More Articles Like This