Kanak-kanak 3 tahun positif ganja, anak pengasuh ditahan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEORANG lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun positif dadah jenis ganja.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, suspek kemudian direman pada 16 April lalu selama tujuh hari sebelum disambung lima hari lagi bagi membantu siasatan.

Jelasnya, suspek berusia 39 tahun yang juga pempengaruh merupakan anak kepada pengasuh menjaga kanak-kanak positif ganja tersebut.

Bagaimanapun, katanya, kanak-kanak perempuan itu telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah selepas menerima rawatan di Hospital Melaka.

“Pada 14 April lalu pegawai perubatan di Hospital Melaka menerima mangsa dalam keadaan separuh sedar dan mendapati keputusan saringan air kencing mangsa positif ganja.

“Ibu mangsa memaklumkan kepada pegawai perubatan bahawa mangsa diambil dari rumah pengasuh di Sungai Putat,” katanya dalam kenyataan.

Susulan daripada itu, Dzulkhairi menambah pasukan dari Cawangan D11 Jabatan Siasatan Jenayah Melaka telah digerakkan untuk menahan suspek berkenaan.

Kata beliau lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, dengan semakan rekod lampau mendapati suspek tiada rekod jenayah dan saringan air kencingnya negatif.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This