Kadar cagaran Lesen Hiburan baharu ditetapkan RM4,000 bagi artis tempatan ketimbang RM10,000 – Hannah

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MELALUI kelulusan dasar yang telah diperoleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kadar baharu ditetapkan cagaran Lesen Hiburan adalah RM4,000 bagi artis tempatan untuk pertunjukan pentas atau kebudayaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, bagi artis tempatan yang mahu menganjurkan konsert pula kadar yang dikenakan adalah RM10,000.

Manakala, katanya bagi artis luar negara cagaran Lesen Hiburan adalah RM8,000 bagi pertunjukan pentas atau kebudayaan dan RM15,000 untuk konsert.

“Langkah ini dijangka dapat mengurangkan kos penganjuran, menggalakkan lebih banyak acara berkualiti serta menarik lebih ramai penggiat seni dan pelancong ke Malaysia.

“Penetapan deposit ini kekal penting bagi memastikan pematuhan terhadap syarat-syarat dan sekatan-sekatan lesen yang berkuat kuasa,” katanya menerusi hantaran di media sosial, hari ini.

Kadar cagaran Lesen Hiburan sebelum ini ditetapkan pada RM10,000 bagi artis tempatan dan RM30,000 bagi artis luar negara.

Katanya lagi, deposit ini boleh dipulangkan semula kepada pihak penganjur selepas aktiviti berakhir sekiranya tiada pelanggaran syarat-syarat yang telah ditetapkan.

“Penambahbaikan ini telah di ambil kira dan akan mula digunapakai dalam masa terdekat.

“DBKL yakin inisiatif ini akan menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri hiburan yang lebih dinamik dan berdaya saing. Kadar cagaran deposit baharu ini berkuat kuasa 1 Mei 2026,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor ditetap 11 Julai, PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 adalah pada hari Sabtu, 11...

More Articles Like This