KERAJAAN ketika ini terpaksa menanggung kos subsidi bahan api mencecah RM5 bilion sebulan susulan situasi tidak menentu harga bahan bakar global akibat konflik di Asia Barat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ianya jauh meningkat berbanding sebelum ini iaitu RM700 juta ketika kerajaan mengumumkan pelaksanaan subsidi Budi Madani RON95 (RON95).
“Tambung kos minyak dan diesel kalau harga itu melambung tinggi ia mungkin mencecah sampai RM6 bilion. Tapi kalau harga setakat sekarang RM5 bilion sebulan.
“Bayangkan 10 bulan, RM50 bilion dari dana kerajaan,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, hari ini.
Sehubungan itu, Perdana Menteri menyeru kepada para penjawat awam untuk memperjelaskan isu kepada umum bagi memberi pengetahuan kepada mereka tentang apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan.
“Jadi sebab itu harus ada pencerahan, maklumat itu sampai kepada semua peringkat, mana-mana ketua jabatan di dalam mesyuarat terangkanlah sikit kerana tak boleh kata ini urusan Kementerian Ekonomi, ini urusan kita,” katanya lagi.

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

