KUALA LUMPUR – Tidak pun sampai seminggu, kes harian COVID-19 tertinggi sebelum ini yang berjumlah 2,525 kes pada 31 Disember lalu telah dipintas oleh kes harian yang dilaporkan hari ini.

Ini apabila 2,593 penularan dikesan hari ini dengan hampir 75 peratus kes adalah di Selangor, Johor dan Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 125,438 kes.

Noor Hisham Abdullah

Menurut beliau, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula bertambah 24,347 kes dan daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat empat kes import.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 965 kes (37.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 894 kes (92.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 571 kes (22.0 peratus) dan Sabah sebanyak 405 kes (15.6 peratus).

“Sebanyak 81 kes (3.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Sehingga kini, katanya, terdapat 141 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 67 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 513 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

“Dua kes dilaporkan di Sabah manakala Kuala Lumpur dan Selangor masing-masing mencatatkan satu kes,” jelasnya.

Tambah Noor Hisham, sebanyak 62 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.
Katanya, kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Seri Lanang (504 kes), Kluster Bukit Pasir (283 kes), dan Kluster Teratai (85 kes).

“KKM juga ingin memaklumkan terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini melibatkan Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Negeri Sembilan, Melaka dan Perak,” ujarnya.

KUALA LUMPUR – Kes baharu COVID-19 di Malaysia yang direkodkan hari ini berjumlah 2,593 kes sekali gus menjadi yang tertinggi pernah dilaporkan sejak penularan virus itu dikesan di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 125,438 kes.

Menurut beliau, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula bertambah 24,347 kes dan daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat empat kes import.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 965 kes (37.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 894 kes (92.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 571 kes (22.0 peratus) dan Sabah sebanyak 405 kes (15.6 peratus).

“Sebanyak 81 kes (3.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Sehingga kini, katanya, terdapat 141 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 67 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan empat kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 513 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

“Dua kes dilaporkan di Sabah manakala Kuala Lumpur dan Selangor masing-masing mencatatkan satu kes,” jelasnya.

Tambah Noor Hisham, sebanyak 62 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.
Katanya, kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Seri Lanang (504 kes), Kluster Bukit Pasir (283 kes), dan Kluster Teratai (85 kes).

“KKM juga ingin memaklumkan terdapat 13 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini melibatkan Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Negeri Sembilan, Melaka dan Perak,” ujarnya.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, kerajaan sedang cuba memuktamadkan pelaksanaan strategi dengan melihat kepada kluster sedia ada dan kes di setiap negeri sebelum tindakan diambil.

“Ia lebih kepada pendekatan bersasar berbanding pelaksanaan di seluruh negara seperti yang kita lakukan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)pada 18 Mac tahun lalu.

“Perbincangan sedang berjalan dan kerajaan akan membuat keputusan secepat mungkin,” katanya pada sidang media.

Selain itu, beliau berkata, negara memerlukan sekatan pergerakan (circuit breaker) bagi mengawal penularan kes COVID-19 di negara ini.