18 kluster, 1,378 positif COVID-19 akibat rentas negeri

Dari Penulis

PUTRAJAYA – Seramai 1,378 individu disahkan positif COVID-19 gara-gara aktiviti rentas negeri yang direkodkan sejak 7 Disember lalu sehingga semalam.

Dalam satu hantaran di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah tersebut turut melibatkan 18 kluster rentas negeri.

Kata KKM, daripada jumlah kluster itu, tujuh daripadanya dikesan di Kelantan, manakala masing-masing tiga kluster di Pahang, Sarawak, Perak serta dua kluster lagi di Terengganu.

“Tujuh kluster di Kelantan dikenali sebagai Kluster Seragam Chepa yang sudah menjangkiti 33 individu, diikuti Kluster Alor Durian (28); Kluster Wakaf Lanas (16); Kluster Kampung Geting (12); Kluster Kampung Renok (24); Kluster Kampung Badak (60) dan Kluster Kesedar (15).

“Bagi kluster di Pahang, ia membabitkan Kluster Inten (10); Kluster Semambu (12) dan Kluster Mempaga (542) serta kluster di Sarawak, iaitu Kluster Bah Sayap (89), Kluster Pasai (429) dan Kluster Jelita (220),” katanya KKM hari ini.

Sumber FB KKM

Kluster di Perak pula membabitkan Kluster Ehsan Ibol yang sudah menjangkiti 33 individu, Kluster Lumut Barat (14) dan Kluster Intan Mas (15).

“Selain itu, di Terengganu terdapat dua kluster berpunca daripada aktiviti rentas daerah, iaitu Kluster Mengkuang dan Kluster Palut yang masing-masing sudah menjangkiti 13 individu,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This