BINTANG Hollywood Chris Evan khabarnya akan Kembali semula ke Marvel Cinematic Universe setelah dua tahun bersara sebagai watak Captain America.
Memetik satu sumber seperti yang dilaporkan dalam sebuah portal antarabangsa, Evans dikatakan akan memegang watak sebagi Steve Rogers atau Captain America sekurang-kurangnya dalam satu projek terbaharu Marvel.
Pun begitu, kesahihan berita tersebut masih kurang jelas dan apakah Evan sudah memberi persetujuan atau pun belum mengenai projek berkenaan.

Tambah sumber itu lagi, aktor berusia 39 tahun itu hanya akan muncul sebagai cameo sama seperti yang pernah dilakukan oleh pelakon Robert Downey Jr selepas filem Iron Man 3, Captain America:Civil War dan Spider-Man: Homecoming.
Justeru itu, kemunculan Evans dalam francais mega Marvel Cinematic Universe itu dilihat makin cerah selepas Marvel kini telah beralih ke tontonan streaming seperti projek WandaVision.
Dalam pada itu, menerusi akaun Twitter Evans, dia seolah-olah memberi bayangan mengenai berita berkenaan dan tidak pula membuat penafian.
“Sebuah berita baharu bagi saya,” tulis Evans di Twitter.
Ciapan tersebut nyata memberi maklum balas positif daripada peminat setianya yang mahu melihat dia kembali melakonkan watak Captain America.

Bagi peminat filem Captain America, tentunya tidak sabar dan apakah benar Evans akan menyertai pasukan Marvel? Sama-sama kita nantikan!

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

