“Lagi bakal ditangkap berkait kartel daging” – SPRM

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Lebih ramai bakal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan isu kartel daging sejuk beku yang menggemparkan rakyat negara ini.

Menurut SPRM, sejak 4 Januari lalu sehingga kini, seramai lapan suspek telah pun ditahan reman bagi membantu siasatan.

Kata kenyataan SPRM hari ini, di samping itu, seramai 27 saksi juga telah dipanggil dalam siasatan kes ini.

“Mereka yang terlibat terdiri daripada pekerja syarikat, ejen pengimport serta pegawai kerajaan.

“SPRM menyiasat kes berkenaan mengikut Akta SPRM 2009 yang menjurus kepada kesalahan menerima rasuah, mengemukakan tuntutan palsu serta kesalahan berkaitan pemalsuan dokumen.

“Buat masa ini, SPRM masih aktif menjalankan siasatan dengan menganalisis maklumat, pengumpulan bukti-bukti serta akan membuat beberapa lagi tangkapan bagi melengkapkan siasatan,” kata SPRM.

Tambah SPRM, yang terkini semalam, SPRM Johor telah menahan seorang pengarah syarikat berusia 36 tahun di Johor Bahru.

“Suspek direman selama enam hari bermula hari ini selepas permohonan reman dibenarkan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru,” tegas suruhanjaya itu.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hospital Melaka jadi penanda aras nasional, terima peruntukan khas RM1.6 juta

HOSPITAL Melaka akan dijadikan penanda aras mandatori bagi pelaksanaan model pengurusan hospital di seluruh negara susulan kejayaannya mengurangkan kesesakan...

More Articles Like This