Kongsi ayat al-Quran, seru petugas niat berkhidmat kerana Allah

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Sedar beban kerja ditanggung petugas kesihatan yang sangat tinggi ketika ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru semua di lapangan sentiasa memasang niat berkkhidmat kerana Allah SWT.

Dengan hampir 40,000 kes aktif COVID-19 yang dirawat ketika ini, Noor Hisham berkata, dengan nawaitu kerana Allah, beliau yakin urusan petugas kesihatan akan dipermudahkan.

Sambil berkongsi petikan dua ayat al-Quran dari surah Ali Imran: 185 dan Al-Baqarah:156, Noor Hisham sebagai sebagai seorang ketua meningatkan semua bertawakal kerana ajal maut urusan Allah.

“Saya menyeru kepada semua “frontliners” iaitu sebelum memulakan tugas kita seharian, pastikan kita pasangkan niat dan nawaitu kita berkhidmat kerana Allah SWT.

“Insya- Allah akan dipermudahkan segala beban kerja dan selepas kita berusaha bersungguh-sungguh marilah kita bertawakkal kembali kepada Allah SWT. Ajal maut kita ditentukan oleh Allah SWT,” katanya.

Noor Hisham berkongsi pesanannya itu dalam satu hantaran di Facebook milik beliau malam tadi.

Petugas kesihatan berdepan pelbagai cabaran dalam menjalankan tugas harian berikutan penularan pandemik COVID-19./ Gambar FB Dr Noor Hisham Abdullah

Beban tugas petugas kesihatan berada pada tahap kritikal apabila jumlah mereka yang dikesan positif terus meningkat saban hari.

Setakat semalam, jumlah kes aktif COVID-19 yang sedang dirawata di seluruh negara berjumlah 37,782 kes.

Malah jumlah individu positif COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula berjumlah 240.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This