Rasuah sudah di depan mata, sebagai Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), takkan kita tidak sedar, Apa yang MCW buat, takkan memerhatikan sahaja? Berani Cakap mengajukan soalan ini kepada MCW untuk menjelaskan butirannya. Antara persoalan lain, sejauh mana keberkesanan langkah yang diambil kerajaan dalam membanteras rasuah? Adakah jenayah rasuah boleh dibersihkan di Malaysia? Siapa samseng rasuah? Semua ini dijelaskan oleh Presiden MCW, Jais Abdul Karim dalam perdebatan bersama wartawan, Ainol Amriz Ismail, berkaitan rasuah. Ikuti dua episod dalam Siri 3 dan 4 Berani Cakap ini.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Kecamuk Integriti – Bahana Lembah Suapan | Berani Cakap Siri 2