Hari ke-9 PKP, Selangor lapor 545 kes, 3,170 di seluruh negara

Dari Penulis

KUALA LUMPUR – Penularan baru COVID-19 turun kepada 3,170 kes hari ini yang juga hari kesembilan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh negeri.

Perkembangan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 yang pernah dikesan di negara ini berjumlah 1672,549.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 yang sedang dirawat di seluruh negara ketika pula adalah 41,755 kes.

Noor Hisham Abdullah/ Gambar FB KKM

Menurut beliau, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lapan kes import manakala 30 peratus penularan dalam negara adalah dalam kalangan bukan rakyat Malaysia.

“Kuala Lumpur mengatasi Selangor dengan melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 576 kes.

“Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 545 kes dan diikuti Johor dengan 423 kes,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurut Noor Hisham, sehingga kini, terdapat 260 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 103 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tambah beliau, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 12 kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 642 kes (0.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Kes sembuh yang dilaporkan hari ini pula 2,490 kes manakala 16 lagi kluster dilaporkan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua lelaki didakwa pasang skimmer ATM, cuba curi data pelanggan bank

TAKTIK licik dua lelaki tempatan memasang peranti skimmer pada mesin juruwang automatik (ATM) bagi mencuri maklumat perbankan pelanggan berjaya...

More Articles Like This