Cinta si lelaki monyet

Dari Penulis

Sudikah kah, Lela?

Dia tak begitu cantik, tapi bentuk tubuhnya boleh dikatakan menyegarkan juga. Aku jatuh hati kepadanya.

“Kamu boleh masuk dan duduk di sini,” tegurku dengan penuh senang hati.

Dia kelihatan meraba pintu. Aku bangun dan memegang tangannya. Itulah kali pertama aku memegang tangan wanita. Perasaanku terharu benar. Lagi sekali aku meneliti mukanya. Walaupun kedua matanya buta tapi bentuk tubuhnya tetap kemas. Dadanya yang meninggi itu tak jauh dari aku. Sebelum aku berfikir apa-apa, aku mulai ketar seluruh anggota. Bibir mulutnya tergamit. Dan nafasku terasa cepat benar.

“Kamu boleh duduk di sini,” kataku sambil menuntutnya ke bangku di hujung beranda. Terasakah dia keketaran aku? Aku memberi dia sedikit makanan yang ku masak sendiri dan kemudian aku sedekahkan pula satu rupee.

Dia memberitauku namanya Lela. Cantik nama itu. Dia bersama ibu tuanya tinggal dalam sebuah pondok berhampiran dengan kilang besar di kota. Waktu dia hendak meninggalkan aku, aku menyuruh di datang lagi.

Kemudian keraplah Lela datang. Kedatangannya lama-lama menjadi kebiasaan, Kami berbual tentang bermacam-macam hal. Perasaanku segar dan ringan semula. Ada tanda-tanda cahaya dalam hidupku. Aku teringat pada mata Lela. Kalaulah kedua matanya dapat melihat tentulah bertambah cantik lagi rupanya. Bukankah mata yang jernih kepunyaan wanita itu dapat menggilakan laki-laki?

Walaupun pengalaman ini aku tak pernah dapat mengalami tapi aku tau maksudnya. Kalaulah matanya tidak buta, tapi kalaulah tidak buta tentulah dia tidak jadi pengemis. Dan kalaulah dia seorang pengemis tentulah dia tak sanggup menerima sedekah dari aku. Tidak! Tidak! Matanya yang jernih (kalau pun ada) tidak akan membenarkan dia datang padaku dan datang berbual-bual denganku tiap-tiap hari.

Orang ramai memerhatikan tingkah laku kami dengan gadis buta menokok lagi kelucuan terhadapku. Mereka ketawa membandingkan rupa monyetku dengan seorang gadis buta. Bukankah itu lucu?

Suatu hari aku menyoal Lela. “Lela, apakah perasaanmu terhadapku?”. Dia cuma tersenyum dan ini menyenangkan aku benar.

“Katakanlah, Lela,” aku majukan pertanyaan lagi.

“Aku tidak berkata kamu orang jahat,” katanya. Aku rasa jawapan itu memang jujur. Aku bangga.

“Kasihkah kau padaku, Lela?”

Dia membisu. Hanya kepala saja dianggukkan. Aku rasa kenikmatan hidup ini terletak di peristiwa itu.

Kemudian Lela meninggalkan aku.

Lela. Kesudahannya ada juga nama gadis yang dapat aku sebut dengan penuh kasih sayang; seorang yang dapat menyenangkan hatiku. Hidup yang gelap selama ini tiba-tiba menjadi begitu terang. Bukankah ini suatu tuah?

Katanya dia buta sejak dilahirkan. Aku tidak berkata bahawa matanya yang buta itu adalah tuahku: tapi bukankah itu suatu kecelakaan baginya?

Besoknya Lela datang lagi. Aku sedang memikirkan tentang perkahwinan kami. Bagaimanakah hendak menjayakannya? Tidak adakah wakil tuhan untuk menjayakan perkahwinan kami? Mana ada yang sanggup meneruskannya? Ini ada sebab-sebabnya. Wakil tuhan itu ada kepercayaan ganjil. Aku dan Lela dianggap bukan manusia. Mereka tidak akan menolong kami. Barangkali saudara tidak mengetahui bahawa aku ini seorang Islam. Ini sesungguhnya.

Aku menyoal lagi. “Lela, sanggupkah kau kahwin dengan aku?” Aku rasa Lela terkejut. Kenyataan bahawa aku seorang Islam menyebabkan dia termenung.

“Lela, memadailah kalau kau percaya bahawa aku ini seorang manusia. Tuhan mengirimkan kau padaku. Bangsa dan perbezaan antara manusia itu hanya rekaan manusia biasa saja.”


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya bukan main jin!” Tok Dewata bongkar rahsia seni persembahan ‘Main Teri’

Nama Tok Dewata kembali menjadi bualan hangat apabila seni persembahan Main Teri yang melibatkan beliau tular di media sosial.  Namun...

More Articles Like This