Cinta si lelaki monyet

Dari Penulis

Biar aku jadi abu

“Oh tidak! Kau tidak akan menyembuh mata Lela. Oh doktor, kau cuba hendak merosakkan ketenteraman kami. Tapi aku akan membunuhmu terlebih dahulu. Mengapakah kau meracuni kasih sayang kami? Tidak! Kau tidak salah. Itu kewajipan kamu. Seorang doktor harus menyembuh penyakit. Kau boleh menyembuh mata isteriku. Kau tak tau perasaanku. Bolehkah Lela melihat semula? Oh Tuhan! Biarlah Lela melihat semula. Tapi sebelum itu aku mesti jadi abu dulu: Mesti mati sebelum Lela sempat melihat manusia moyet ini. Dan aku akan hidup dalam kenangannya sebagai seorang yang mencurah kasih sayang padanya. Bolehkah kasih sayang dan kecantikan yang pernah dia ketahui hidup sampai bila-bila? Tak habis-habis hatiku menangis.

Lela melahirkan seorang bayi lelaki. Masyarakat keliling terkejut. Sesetengahnya ketawa macam keldai. Bukankah ini satu keganjilan? Bayi yang berbapa seorang monyet dan beribu seorang buta itu tidak bersalah apa-apa. Bentuk tubuh dan mata kanak-kanak itu tak ubah macam bentuk Lela. Siapakah yang bertuah?

Lela bertambah sihat semula.

“Bolehkah kita pergi ke doktor sekarang?” Lela menyoal.

Lela tidak tahu bahawa kata-kata itu adalah racun yang paling berbisa padaku. Aku berbohong, “Oh ya, aku hampir lupa.  Nanti aku pergi jumpa doktor dulu. Aku sedar aku berdusta.Aku rasa aku terapung-apung di tengah samudera. Aku keluar dan pulang dua jam kemudian.

“Doktor sudah mati.”

Itulah saja yang dapat aku nyatakan. Pada mulanya aku rasa ucapan itu pun tidak terdaya mengucapnya. Aku tak dapat menunjukkan kesedihanku terhadap kematian doktor yang sanggup menyembuh isteriku itu. Aku telah membunuh doktor itu. Aku terpaksa menyimpan keganasanku melakukan perbuatan membunuh itu. Sungguh berat untuk menanggungnya. Pembunuhan itu untuk keselamatan diriku dan ketenteraman jiwaku.

Hari berjalan terus.

Suatu hari di kala aku pulang, hatiku gelisah. Ibu Lela tidak mengubah baldi besar di kamar Lela. Lela waktu mendengar tangisan anak, terjun dari katil dengan tidak sempat mengambil tongkatnya. Dia menyepak baldi besar dan rebah tersungkur. Kepalanya terhantuk tiang pintu. Darah mengalir banyak.  Dengan segera aku membawanya ke rumah sakit.

Masihkah masyarakat ingin ketawa? Siapa peduli tentang kesulitanku?

Lela adaah nyawaku; malah duniaku. Tuan doktor memanggil aku.

“Dia rebah teruk. Lukanya terlalu parah.”

Aku pergi ke sisi Lela. Dia sedang terbaring kesakitan. Aku menegurnya. Dengan menangis sambil berkata: “Kau di sini? Aku akan meninggalkan kau. Alangkah bertuah kalau aku dapat menatap wajahmu sekali saja sebelum mati.”

Kata-kata Lela yang penghabisan itu adalah satu hukuman berat bagiku. Adakah dia menderita selama ini kerana kematian doktor? Lela membisu.

“Lela,” kataku, “melihat wajahku bukan suatu perkara yang besar. Bukankah kau sudah melihat aku dengan mata hatimu? Aku sedar bahawa dalam dunia ini cuma kau sajalah yang melihatku sebenar-benarnya. Manusia tak boleh melihat satu sama lain dengan mata. Tenanglah Lela. Kau mesi sembuh semula.”

Lela mendengar kata-kataku. Keliling jadi begitu sepi. Matahari sudah lama terbenam. Lela mulai menangis. Aku serba salah. Rahsia yang selama ini terkandung dalam dadaku hampir-hampir keluar. Aku tidak dapat berdiri di situ lagi. Ibu Lela datang dan meletakkan anak kami di sisi Lela. Bayi itu menangis : Mungkin kerana diliputi peristiwa-peristwa sedih. Ibu Lela juga turut menangis. Aku rasa lemah benar.

Lela perlahan-lahan menghembuskan nafas yang penghabisan. Aku lupa apakah yang aku lakukan selepas itu.

Malam menangkup semua: Masyarakat tak dapat membayangkan perasaanku di sebalik rupa monyetku ini. Dan cerita kasih sayangku yang ganjil itu pasti menyebabkan masyarakat ketawa bila melihat rupaku. Aku kadang-kadang tertanya-tanya. Bagaimanakah pula ceritaku ini terjalin kalaulah aku juga buta seperti Lela?

Diterjemahkan oleh SHAHNON AHMAD dan disiarkan dalam Mastika keluaran September 1963.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya bukan main jin!” Tok Dewata bongkar rahsia seni persembahan ‘Main Teri’

Nama Tok Dewata kembali menjadi bualan hangat apabila seni persembahan Main Teri yang melibatkan beliau tular di media sosial.  Namun...

More Articles Like This