Resipi ayam kampung masak lemak pucuk petai

Dari Penulis

Resipi ayam kampung masak lemak pucuk petai ini memang sedap dan unik. Bolehlah cuba masak untuk keluarga. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN
1 ekor ayam kampung – potong, cuci bersih dan tuskan
10 tangkai pucuk petai – hiris halus
20 tangkai cili padi kampung – tumbuk lumat
4 cm kunyit hidup – tumbuk lumat
1 batang serai – titik
1 liter santan cair
500 ml santan pekat
4 biji ubi kentang – potong dadu
1 keping asam gelugur
Sedikit garam

CARA
1.Tumis cili padi kampung, kunyit hidup dan serai di dalam periuk sehingga naik bau.
2.Tuangkan santan cair dan biarkan ia mendidih.
3.Kemudian masukkan ayam kampung, kacau rata sehingga empuk.
4.Masukkan ubi kentang dan asam gelugur. Biarkan ia mereneh dengan api perlahan.
5.Apabila kentang sudah empuk, masukkan santan pekat, garam dan gula secukup rasa.
6.Selepas itu, barulah masukkan pucuk petai dan biar mendidih dengan api sederhana. Kacau selalu sehingga ayam masak sepenuhnya.

Resipi: Ezani

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tasty Touch Catering pakar dalam hidangan ‘finger food’

TASTY Touch Catering bermula lebih dari 10 tahun yang lalu sebagai sebuah dapur kecil di Cheras, Kuala Lumpur, dengan...

More Articles Like This