Petrol naik 5 sen, diesel kekal setelah cecah harga siling

Dari Penulis

PENINGKATAN harga minyak mentah dunia kebelakangan ini merupakan khabar gembira buat negara-negara pengeluar setelah merosot sepanjang 2020 susulan penularan pandemik COVID-19.

Namun bagi pengguna, ini bermakna mereka harus bersedia untuk membayar harga yang lebih tinggi untuk produk petroleum.

Justeru seperti dijangka, harga runcit petrol RON95 dan RON97 untuk minggu depan naik 5 sen seliter bermula tengah malam ini.

Ini menjadikan harga runcit petrol RON95 pada kadar RM2.05 seliter manakala RON97 pula RM2.35 seliter.

Harga baru ini berkuat kuasa esok sehingga 27 Februari.

Namun bagi pemilik kenderaan diesel, mereka boleh menarik nafas lega apabila harga runcit bahan bakar itu kekal pada paras RM2.15 seliter.

naik 5 sen
Petrol naik 5 sen seliter manakala diesel kekal untuk tempoh seminggu bermula tengah malam ini.

Baca artikel berkaitan: Naik macam mana pun minyak dunia, harga runcit RON95 tak lebih RM2.05 seliter

Harga minyak naik lagi

Menurut Kementerian Kewangan, kerajaan akan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel walaupun harga runcit APM bagi RON95 dan diesel telah meningkat lebih 10 sen berbanding had harga siling yang telah ditetapkan.

Langkah ini bertujuan bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.


Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

LRT3 nadi mobiliti dua juta penduduk koridor barat Lembah Klang

PERKHIDMATAN Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam sepanjang 37.8 kilometer memperkukuh jaringan rel di Petaling Jaya, Shah...

More Articles Like This