“Saya tidak tahu ada rundingan kerjasama UMNO, PH” – Mahdzir Khalid

Dari Penulis

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menjelaskan, beliau tidak tahu menahu sekiranya wujud sebarang rundingan atau kerjasama yang bakal dijalin di antara pemimpin tertinggi UMNO, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

“Setakat ini, sebagai Naib Presiden, saya tak tahu mengenai hal-hal kerjasama ini.
Saya tak tahu sekiranya ada apa-apa bentuk rundingan, perbincangan atau sudah mempunyai rancangan untuk bekerjasama,”
katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Program Ceria Ke Sekolah (CKS), Tenaga Nasional Bhd (TNB) , peringkat negeri Selangor di Wisma TNB, USJ di sini. hari ini.

Media tempatan sebelum ini melaporkan mengenai kemungkinan wujud rundingan antara pimpinan tertinggi UMNO dan PKR.

Dalam pada itu, Datuk Seri Mahdzir yang juga Pengerusi TNB berkata, TNB sentiasa komited membantu golongan memerlukan dan kurang berkemampuan terutama golongan B40.

Menurut beliau, pelancaran program ‘Ceria Ke Sekolah’ peringkat negeri Selangor hari ini memperuntukkan kira-kira RM310,000 melibatkan 3100 pelajar daripada keluarga B40 di negeri itu.

Katanya, sumbangan yang dihulurkan TNB itu merangkumi kelengkapan sekolah termasuk pakaian seragam sekolah dan beg sekolah.

Sumbangan itu akan disampaikan melalui kerjasama pemimpin masyarakat tempatan dan pihak sekolah.

Bantuan itu bertujuan mengurangkan tekanan yang dihadapi keluarga kurang berkemampuan dalam membuat persediaan anak-anak mereka ke sekolah, terutama berikutan pandemik COVID-19.

Secara keseluruhannya, TNB memperuntukkan hampir tiga juta ringgit bagi program CSR tahun 2021 yang setakat ini telah diagihkan ke negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

  • UtusanTV

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This