Cabul jururawat di wad COVID-19, pesakit warga emas ditahan

Dari Penulis

BUKAN sahaja sudah menghampiri kategori warga emas, bahkan diuji dengan COVID-19.

Namun itu semua masih tidak dapat menghindari seseorang dari perangai terkutuk.

Kejadian ini melibatkan seorang pesakit COVID-19 di sebuah wad di Seberang Perai.

Lelaki itu kini ditahan polis kerana mencabul seorang jururawat wanita di wad COVID-19 di sebuah hospital.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata pesakit berusia 55 tahun itu ditahan Isnin lalu.

Menurut beliau, ini selepas kejadian berkenaan dilaporkan kepada polis.

“Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 11.30 pagi, Isnin lalu ketika jururawat wanita berusia 24 tahun melakukan prosedur pemeriksaan paras gula dalam darah pesakit itu.

“Selepas mangsa selesai menjalankan prosedur berkenaan, jarinya dipegang dan diusap oleh pesakit sambil mengeluarkan perkataan jelik.

“Mangsa menarik dengan kuat untuk melepaskan tangannya yang dipegang suspek sebelum melaporkannya kepada polis,” katanya hari ini.

Baca artikel berkaitan: Cabul anak kandung sejak 2010, Datuk Seri bakal didakwa

Menurut Noorzainy, lelaki itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth esok.

“Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Singapura didenda RM20,000 isi petrol bersubsidi RON95

MAHKAMAH Sesyen Johor Bharu menjatuhkan hukuman denda RM20,000 atau penjara tiga bulan jika gagal membayarnya ke atas seorang warga...

More Articles Like This