Kutip rasuah dari penjaja, penguat kuasa Majlis Perbandaran PD direman

0
1949
Gambar hiasan

SENANG betul buat duit.

Modus operandi, ‘pau’ penjaja pasar pagi dan malam yang tidak berlesen.

Jika tiada wang suapan, tindakan undang-undang akan diambil ke atas penjaja terlibat di sekitar Lukut dan Port Dickson.

Ini hasil siasatan awal ke atas empat anggota Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Hari ini, keempat-empat mereka yang bertugas sebagai penolong pegawai berkait kesihatan dan pembantu penguat kuasa ditahan reman selama enam hari hingga Rabu.

Perintah reman untuk membolehkan siasatan lanjut berhubung kesalahan meminta dan menerima rasuah daripada penjaja.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban Mas Azmimin Ahmad untuk siasatan ke atas kesemua individu berumur antara 36 hingga 53 tahun itu mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Baca artikel berkaitan: Hidup sederhana jauhi rasuah, seru IGP pada warga PDRM

Bagaimanapun, jumlah wang suapan tersebut masih dalam siasatan.

Kesemuanya tiba di mahkamah pada 10 pagi dengan diiringi pegawai SPRM.

Semalam, keempat-empat anggota MPPD itu ditahan dalam Op Jambu ketika hadir di pejabat SPRM Negeri Sembilan, kira-kira 2 petang.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram