KKM siasat dakwaan kematian kakitangan akibat vaksin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menyiasat dakwaan yang tular dalam media sosial kononnya beberapa kakitangan kementerian itu telah meninggal dunia selepas disuntik vaksin Covid-19.

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dalam kenyataan memberitahu KKM mengambil maklum mengenai penularan isu tersebut di media sosial.

Namun begitu, NPRA memaklumkan KKM masih menjalankan siasatan dan makluman akan diberikan kepada umum selepas siasatan selesai dijalankan.

“Umum mengentahui bahawa Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah bermula di Malaysia pada 24 Februari dengan Fasa 1 yang melibatkan pemberian vaksin kepada petugas barisan hadapan.

“Kini Fasa Kedua pemberian vaksin yang bermula pada 19 April 2021 pula melibatkan baki kumpulan daripada Fasa 1 dan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas, golongan berisiko tinggi mengalami penyakit kronik dan orang kurang upaya (OKU).

“Setakat ini, tiada laporan kematian disebabkan oleh vaksin Covid-19 dilaporkan,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel berkaitan: Genap seminggu kes lebih 2,000, Kelantan masih tiga tertinggi

Sehubungan itu, KKM turut meminta orang ramai agar tidak berkongsi atau menyebarkan maklumat yang tidak dikenal pasti sumber dan kebenarannya.

Katanya, sebarang penyebaran atau perkongsian akan menimbulkan kekeliruan orang ramai.

“Orang ramai diminta merujuk kepada maklumat sah yang boleh didapati di semua platform rasmi media sosial KKM atau berhubung terus dengan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) di setiap negeri.

“Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang http://covid-19.moh.gov.my/ atau di talian 03-88810200/ 03-88810600/ 03-88810700 bagi mendapatkan info sahih berkenaan vaksin COVID-19,” katanya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Tambang percuma LRT3, bas pengantara sebulan mulai esok – Anwar

ORANG ramai boleh menikmati perkhidmatan percuma Laluan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok...

More Articles Like This