IGP ulas lompat parti, SPP dan audio Hamzah Zainudin

0
900
Abdul Hamid Bador - Gambar Malaymail.com

KETUA Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat amalan melompat parti yang berlaku secara berleluasa.

“Saya lihat dalam politik, rasuah berlaku merata-rata dan perbuatan mengugut itu rasuah namanya.

Saya minta SPRM masuk, ambil tindakan dan jangan takut. Sudah lama rakyat tengok perbuatan itu, muak terhadap sekejap katak lompat sana-sini.

“Ia memberikan gambaran tidak baik seolah-olah negara ini tidak ada undang-undang dan sesiapa pun boleh melakukan (apa sahaja) untuk membeli (ahli politik).

“SPRM jangan siasat PDRM sahaja, sebaliknya perlu menyiasat ahli politik. Kembalikan budaya politik yang sihat untuk negara kita,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman hari ini seperti dipetik daripada laporan BH Online.

Dalam perkembangan berasingan, Abdul Hamid yang bakal menamatkan tugas sebagai Ketua Polis Negara Isnin ini mencadangkan supaya Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) tidak lagi dipengerusikan menteri.

Sebaliknya tegas Abdul Hamid, individu tidak berpihak seperti bekas ketua hakim atau hakim wajar dilantik menduduki jawatan itu.

Katanya, Menteri Dalam Negeri sebagai Pengerusi SPP, juga tidak sepatutnya campur tangan dalam pengurusan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Menteri sepatutnya menumpukan perkara berkaitan dasar, bukan terbabit dalam urusan pertukaran pegawai.

“SPP amat penting dan tidak boleh bermesyuarat selama satu dua jam sahaja kerana berpuluh-puluh kes tatatertib masih tergantung,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Acryl Sani terima surat lantikan Ketua Polis Negara yang baru

“Minta maaflah kalau kata saya campur tangan” – Hamzah

Abdul Hamid berkata, ia bukan semata-mata soal kuasa, sebaliknya perkara itu perlu untuk KPN menentukan siapa yang boleh dilantik kerana berada bersama-sama pasukan polis setiap hari, berbanding menteri yang bertanggungjawab kepada banyak agensi dan jabatan.

Katanya, SPP hanya bermesyuarat empat kali setahun dan tidak memiliki sebarang pejabat, sekali gus menunjukkan kedudukannya.

“SPP amat penting kepada PDRM kerana sekurang-kurangnya sekali sebulan mesti bermesyuarat. Ia menentukan kepentingan dan kebajikan 129,000 anggota.

“Sebelum ini, cadangan supaya SPP tidak dipengerusikan menteri turut diusahakan oleh (Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional) Tan Sri Abu Kassim Mohamed,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Memang itu suara saya, tiada kesalahan pun – Hamzah

Ketika ditanya mengenai rakaman audio yang tular perbualan telefon Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkaitan pelantikan pegawai kanan polis, Abdul Hamid berkata, beliau tidak ada kena-mengena.

Sambil menyifatkan perkara itu sebagai bahaya, Hamid berkata, teknologi semasa membolehkan perkara itu menjadi kenyataan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram