Acryl Sani terima surat lantikan Ketua Polis Negara yang baru

Dari Penulis

SEJAK sebulan dua lalu lagi, ramai yang bersepkulasi mengenai siapa bakal pengganti Tan Sri Abdul Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara.

Jawatan no 1 Polis Diraja Malaysia (PDRM) memang menjadi perhatian ramai rakyat sejajar dengan kedudukan pasukan keselamatan itu sebagai agensi penguatkuasaan utama.

Beberapa nama dikaitkan bakal mengambil alih tempat Abdul Hamid yang akan menamatkan perkhidmatan bersama PDRM pada awal Mei ini.

Namun hari ini terjawab secara muktamad apabila Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menerima surat lantikan sebagai Ketua Polis Negara Ke-13.

Penyerahan surat lantikan itu disempurnakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin di Kementerian Dalam Negeri (KDN) Putrajaya hari ini.

Acryl Sani, 59, yang merupakan Timbalan Ketua Polis Negara bakal mengetuai Bukit Aman berkuat kuasa 4 Mei ini.

Timbalan Ketua Polis negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Baca artikel berkaitan: “Minta maaflah kalau kata saya campur tangan” – Hamzah

Hamzah berkata, pelantikan Acryl Sani dilakukan melalui proses sewajarnya dan diputuskan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) sebelum mendapat persetujuan Perdana Menteri serta perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya hendak memaklumkan proses terbabit dilakukan SPP dengan dipersetujui semua ahli suruhanjaya yang dipengerusikan oleh saya.

“Semua bersetuju Acryl Sani diangkat sebagai Ketua Polis Negara yang baharu. Malah, Abdul Hamid turut bersetuju,” katanya pada sidang media sempena majlis tersebut.

Acryl Sani dilantik Timbalan Ketua Polis Negara pada Ogos tahun lalu menggantikan Datuk Mazlan Mansor yang bersara wajib.

Anak kelahiran Petaling Jaya itu memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan) daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) dan menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2 Februari 1986 sebagai Kadet Asisten Superintendan Polis (ASP).

Beliau antara lain berpengalaman menyandang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Pesuruhjaya Polis Sarawak, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial serta Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This