23 lagi kematian, 338 di ICU, 3,120 kes baharu

Dari Penulis

SEBANYAK 23 kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif korban akibat virus itu kini berjumlah 1,574.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes berkenaan melibatkan warganegara.

“Kematian hari ini masing-masing melibatkan enam kes di Kelantan dan Selangor, empat kes di Sarawak, masing-masing dua kes di Johor dan Sabah, serta masing-masing satu kes di Kedah, Perak, dan Melaka.

“Kementerian Kesihatan (KKM) mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kata Noor Hisham, ketika ini terdapat 338 pesakit COVID-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 181 memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Hari ini juga menyaksikan sebanyak 3,120 kes COVID-19 dilaporkan manakala kes sembuh pula berjumlah 2,334 kes.

“Ini menjadikan kes aktif yang dirawat di seluruh negara kini berjumlah 31,1516,” katanya.

Tambah Noor Hisham, kes harian tertinggi hari ini masih dilaporkan di Selangor melibatkan 675 kes.

Katanya, ini diikuti Sarawak (620 kes), Kuala Lumpur (408 kes), Johor (336 kes) dan Kelantan (296 kes).

Baca artikel berkaitan: Solat sunat, takbir dan ziarah Aidilfitri dibenarkan

Turut melaporkan kes tiga angka hari ini ialah Pulau Pinang (167 kes), Kedah (155 kes) dan Perak (117 kes).

Perlis satu-satunya negeri melaporkan sifar kes baharu manakala Labuan mencatatkan lima kes dan Putrajaya, 11 kes.

Sementara itu, Noor Hisham memaklumkan terdapat 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini.

“Kluster berkenaan melibatkan tujuh kluster komuniti, lima kluster tempat kerja, empat sektor pendidikan termasuk satu kluster institusi pendidikan KPM dan satu kluster keagamaan.

“Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini sebanyak 98 kluster manakala kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Pagar Sri Lalang (57 kes).

“Ini diikuti Kluster Putai (49 kes) dan Kluster Pintu Air Relau (33 kes),” ujarnya.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This