“Ingat saja-saja pegang sepana” – 2 gadis pomen buat lelaki jatuh hati

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

BUKAN kaleng-kaleng melihat kelibat dua anak dara bergelumang dengan minyak hitam setiap hari, nak pula di usia muda sehingga membuatkan ramai lelaki mula jatuh hati kerana menyifatkan ia terlalu luar biasa bagi orang perempuan bekerja di bengkel kereta.

Nur Syamimi Mohd Nawawi, 22 dan Nur Syukriah Izzah Mohamad Syukri, 20, langsung tidak ambil pusing untuk mengotorkan tangan membaiki kenderaan walaupun ia bukan perkara yang kebiasaan dilakukan oleh gadis seusia dengan mereka.

Gelagat Syamimi dan Syukriah mula meraih perhatian jejaka-jejaka di luar sana selepas menonton video pendek yang dimuat naik mereka di akaun TikTok ketika bekerja di sebuah bengkel yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Video mereka kini ditonton hampir setengah juta kali dan mendapat pelbagai reaksi menakjubkan daripada wanita dan juga kaum lelaki.

“Terbaik. Tak semua wanita boleh melakukan kerja macamni,” Tulis pengguna @pakteh_93 di ruangan komen.

Malah ada juga antara mereka yang jatuh hati dengan kecantikkan dan kemahiran dua gadis ini.

“Rezeki kalau dapat buat isteri… tak payah bingung nak servis kereta, wife boleh tolong servis kan hehehehe,” Tulis @boyaksarawak2.

Selain daripada mereka yang kagum dan jatuh hati, ada juga antara mereka yang meluahkan kerisauan terhadap dua gadis ini yang melakukan kerja berat.

“Elok-elok angkat enjin tu risau aku tengok. Teknik kena betul. Silap hari bulan slip disc nanti,” Tulis seorang lagi pengguna di ruangan komen.

Baca artikel berkaitan: Nak sangat bersesak, sekali dia bebel Korea campur N9, memang padu

Klik link untuk saksikan video: https://vt.tiktok.com/ZSJDFJwa5/

Kedua-dua mereka yang merupakan anak jati Pulau Mutiara itu menjelaskan mereka kini sedang menjalani praktikal Inm Auto Centre di Bukit Mertajam.

Pada awalnya mereka hanya berniat saja-saja membuka akaun TikTok untuk mereka muat naik video sebagai kenang-kenangan setelah menamatkan praktikal.

Tanpa mereka sangka, video-video mereka membaiki kereta telah menarik pengguna-pengguna lain mengikuti mereka sehingga akaun tersebut kini telah mencapai seramai 83.1 ribu pengikut.

“Bila kami tengok ramai yang suka tengok video kami, kami nak orang di luar sana tahu yang orang perempuan pun boleh baiki kereta,” ujar Syamimi.

Mereka sedang melakukan praktikal di bengkel tersebut untuk memenuhi keperluan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di dalam bidang Automotif yang mereka ceburi di Kolej Komuniti Kepala Batas sejak dua tahun lalu.

“Saya (Syamimi) awalnya masuk bidang ni sebab ada orang tawarkan masuk belajar di kolej komuniti sambil jadi wakil pasukan futsal kolej tersebut. Lama-lama saya belajar, makin saya minat dengan bidang ini,” tambah Syamimi selepas menjelaskan bahawa dirinya memang seorang yang lasak dan suka bersukan.

Manakala bagi Syukriah, minatnya terhadap bidang ini bermula dengan minatnya terhadap motosikal berkuasa tinggi dan juga daripada bapanya yang suka membaiki kereta.

Kerja yang disinonimkan dengan lelaki ini memerlukan seseorang itu mencemarkan tangan mereka, namun dua gadis ini tidak kisah akan perkara tersebut.

“Kami tak kisah pun kalau takut kotor kena minyak hitam sambil buat kerja sebab kami memang dah potong kuku awal-awal, jadi takde la susah sangat nak bersihkan. Tapi memang ambik masa yang lama untuk bersihkan kadang-kadang kat rumah pun kami sambung sental lagi untuk bersihkan diri,” Kata Syamimi.

Biarpun ramai yang memuji dan kagum dengan kemahiran mereka, tidak kurang ramai juga yang mengecam mereka.

“Ramai yang kata kami saja buat ‘action’ sahaja di depan kamera dan tidak mempercayai kami boleh baiki kereta. Tapi nak buat macamana, kita tak boleh tutup mulut orang. Kami pun tak kisah dan masih akan teruskan tunjuk skill kami orang perempuan boleh baiki kereta,” tambah Syamimi.

Mereka turut mengucapkan terima kasih kepada pengguna-pengguna TikTok lain yang menonton video mereka dan meninggalkan komen-komen seperti tips-tips dan langkah keselamatan yang membantu mereka untuk lebih menajamkan kemahiran mereka dalam melakukan kerja tersebut.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas perlu patuh arahan, perkukuh gerak kerja hadapi pilihan raya – Ahmad Samsuri

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mengingatkan seluruh jentera Pas supaya mengutamakan disiplin, mematuhi arahan...

More Articles Like This