Korban bertambah, kontena jenazah COVID-19 ditempat di Hospital Selayang

Dari Penulis

SEMALAM sahaja 19 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Selangor dan enam kes di Kuala Lumpur.

Malah, kelmarin jumlahnya lebih tinggi dengan 33 kematian dilaporkan di Lembah Klang.

Berikutan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terpaksa menyediakan kontena khas bagi menempatkan jenazah/mayat COVID-19 di Hospital Sungai Buloh.

Terbaru, giliran Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas tersebut.

“Kontena khas yang disediakan Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang ini boleh menempatkan 20 jenazah/mayat tambahan memandangkan peti mayat di hospital itu sentiasa penuh.

“Kematian akibat COVID-19 di negara kita semakin hari semakin bertambah terutama di Lembah Klang,” kata satu hantaran di Facebook KKM malam tadi.

Baca artikel berkaitan: Lindungi penjagaan kesihatan daripada lumpuh, rayu Noor Hisham kepada rakyat

Setakat semalam, 2,491 orang telah menjadi korban COVID-19 termasuk 59 kematian baharu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Rt semalam adalah 1.14.

Jumlah itu sedikit penurunan berbanding kelmarin yang mencecah 1.12.

Menurut Noor Hisham, Rt tertinggi dilaporkan semalam adalah di Labuan dengan 1.87.

Labuan semalam melaporkan lonjakan kes dengan lebih 100 penularan baharu dilaporkan.

Rt terendah pula adalah Kuala Lumpur dan Pulau Pinang dengan 1.07 diikuti Sarawak, 1.08.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Krisis Negeri Sembilan: Semua pihak perlu ikut jalur hukum yang sah – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa semua pihak perlu mengikut jalur hukum yang sah serta menghormati Perlembagaan...

More Articles Like This