SEBANYAK 7,748 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, turun selepas tiga hari mencatatkan kenaikan.
Penurunan hari ini antara lain berikutan kes baharu yang lebih rendah di Selangor yang mencatatkan rekod semalam apabila melaporkan 3,125 kes.
Hari ini, Selangor mencatatkan 2,612 kes baharu, terus menjadi negeri tertinggi melaporkan pertambahan kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, ini diikuti Kuala Lumpur dengan 851 kes.
Sementara itu, jiran Lembah Kelang iaitu Negeri Sembilan mencatatkan 709 yang merupakan ketiga tertinggi hari ini.
Jumlah kes baharu di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan melebihi 50 peratus daripada jumlah kes di seluruh negara.
Satu lagi negeri yang melaporkan penularan melebihi angka 700 ialah Sarawak dengan 706 kes.
Keseluruhannya, semua negeri melaporkan pertambahan kes baharu dengan Puytrajaya dan Perlis terendah, masing-masing dua dan lapan kes.
Hari ini juga menyaksikan penurunan kes berbanding semalam di beberapa negeri seperti Kelantan yang mencatatkan 286 kes dan Kedah, 263 kes.
Semalam, Kelantan mealporkan 414 kes manakala Kedah pula sebanyak 373 kes.
Kes baharu semalam kembali melepasi angka 8,000 dengan 8,209 penularan yang menimbulkan kegusaran ramai.
Berikut pecahan kes mengikut negeri.
Sehingga 4 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,748 kes (603,122 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,612 (197,459)
Sabah – 287 (63,306)
WPKL – 851 (61,824)
Johor – 446 (60,566)
Sarawak – 706 (49,920)
Pulau Pinang – 376 (30,112)
Kelantan – 286 (29,560)
Negeri Sembilan – 709 (28,573)
Perak – 371 (22,000)
Kedah – 263 (20,064)
Melaka – 234 (13,100)
Pahang – 146 (10,285)
Terengganu – 203 (9,523)
WP Labuan – 230 (4,335)
WP Putrajaya – 20 (1,964)
Perlis – 8 (531)
Baca artikel berkaitan: 103 kematian, korban COVID-19 kini lepasi angka 3,000
24 kluster baharu dikesan, 19 libatkan tempat kerja
Kebolehjangkitan COVID-19 di N. Sembilan, Melaka antara tertinggi
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

