JIKA semalam kes harian COVID-19 turun di bawah angka 5,000, hari ini kes baharu kembali meningkat kepada 5,419 kes.
Peningkatan ini berbanding 4,949 penularan semalam antara lain susulan pertambahan kes di Selangor yang mencatatkan 1,996 berbanding semalam, 1,523 kes.
Menurut data dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kedua tertinggi hari ini ialah Sarawak sebanyak 718 kes disusuli Kuala Lumpur, 650 kes.
Turut melaporkan kes yang tinggi hari ini ialah Neger Sembilan (396 kes), Johor 9366 kes), Kedah (252 kes) dan Kelantan (245 kes).
Sementara itu, beberapa negeri terus mencatatkan penurunan kes hari ini misalnya Perak (68 kes), Terengganu (43 kes) dan Pahang (32 kes).
Perlis pula seperti semalam hanya mencatatkan pertambahan satu kes baharu diikuti Putrajaya lima kes.
Baca artikel berkaitan: Alhamdulillah.. Jangkitan baharu mencatatkan kes di bawah 5,000 hari ini sejak PKP3.0
Labuan yang menjadi perhatian kebelakangan ini terus melaporkan pertambahan kes baharu sebanyak tiga angka.
Malah, kes hari ini juga meningkat sedikit berbanding semalam apabila 138 kes dilaporkan (113 semalam).
Berikut pecahan kes mengikut negeri:
Sehingga 15 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,419 kes (667,876 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 1,996 (218,477)
WPKL – 650 (68,369)
Sabah – 230 (66,546)
Johor – 366 (65,435)
Sarawak – 718 (56,905)
Negeri Sembilan – 396 (34,501)
Kelantan – 245 (32,512)
Pulau Pinang – 124 (32,448)
Perak – 68 (23,850)
Kedah – 252 (22,322)
Melaka – 155 (15,124)
Pahang – 32 (11,707)
Terengganu – 43 (10,696)
WP Labuan – 138 (6,293)
WP Putrajaya – 5 (2,131)
Perlis – 1 (560)
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

