SEBANYAK 30 kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan 21 daripadanya melibatkan tempat kerja.
Sembilan lagi kluster ialah komuniti (empat), pusat tahanan (tiga), kumpulan berisiko tinggi (satu) dan pendidikan (satu).
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 21 kluster tempat kerja, 11 daripadanya dilaporkan di Lembah Klang dengan lapan adalah di Selangor dan selebihnya di Kuala Lumpur.
Katanya, 10 lagi kluster tempat kerja adalah di Johor (enam), Melaka (dua), Perak (dua), Negeri Sembilan (satu) dan Sarawak (satu).
“Keseluruhannya terdapat 865 kluster aktif,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Daripada kenyataan tersebut, Kluster Tapak Bina Jalan Koo Teik Ee melaporkan kes COVID-19 yang tinggi iaitu sebanyak 119 positif daripada 226 yang disaring.
Kluster berkenaan melibatkan Lembah Pantai dan Cheras di ibu negara.
Selain tapak pembinaan, kluster tempat kerja hari ini turut melibatkan industri, syarikat perkhidmatan dan pasar.
Baca artikel berkaitan: Saringan bertumpu di PKPD, kilang antara sebab lonjakan kes
9,180 kes baharu, rekod tertinggi!!

Sementara itu, tiga pusat tahanan yang dilaporkan hari ini adalah di Kuala Selangor, Sri Aman dan Miri, Sarawak.
Kluster Pagar Taman IKS di Kuala Selangor melaporkan 51 kes manakala Tembok Miri, 59 kes dan Benteng Sri Aman, 38 kes.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

