Sebuah penempatan Felda di Pahang, tiga lokaliti di Sabah dikenakan PKPD

Dari Penulis

SEBUAH penempatan Felda di Pahang dan beberapa lokaliti Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pelaksanaan PKPD itu akan dikuatkuasakan di Felda Jengka 8, Jerantut, Pahang, mulai 15 Julai ini.

Turut dikenakan PKPD pada tempoh yang sama ialah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lintas Sibuga, Sandakan; Kampung Telaga dan Kampung Pituru, Pitas, Sabah.

“Prosedur operasi standard (SOP) di semua kawasan PKPD tersebut adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” kata Ismail Sabri dalam kenyataan akhbar hari ini.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan penamatan PKPD di dua lokaliti yang terletak di Terengganu, Kuala Lumpur, Kelantan dan Sabah.

Katanya, PKPD di CLQ Gamuda Garden, Rawang yang sepatutnya tamat esok akan dilanjutkan selama enam hari mulai Rabu ini sehingga 19 Julai.

BERITA BERKAITAN PKPD punca peningkatan kes harian, sudah dijangka – TPM

Bagi kawasan-kawasan tersebut, PKPD yang bermula dari 1 Julai lepas ditamatkan esok, mengikut jadual.

Kawasan-kawasan itu ialah Kampung Kubang Jela, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu, Kampung Balung Cocos, Tawau, Sabah, PPR Pantai Ria dan Taman Bukit Angkasa, Kuala Lumpur.

Sementara itu, PKPD bagi Kampung Jaya Baru, Kunak, Sabah ditamatkan lebih awal iaitu pada 19 Julai ini dan Taman Merbau Utama, Mukim Bukit Jawa, Selinsing, Pasir Puteh, Kelantan ditamatkan pada 18 Julai.

Bagi Operasi Disinfeksi COVID-19 pula, Ismail Sabri berkata, sebanyak 161 operasi disinfeksi telah dilaksanakan di seluruh negara yang merangkumi 70 zon merah, enam zon jingga dan empat zon kuning.

“Operasi disinfeksi ini melibatkan 955 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan 263 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta 172 buah jentera JBPM,” katanya.

Kenyataan itu berkata, secara kumulatifnya, sebanyak 31,896 operasi disinfeksi merangkumi 157 zon dilakukan sejak 30 Mac 2020.

Operasi sanitasi melibatkan pusat perniagaan, kawasan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), tempat awam, pasaraya dan bangunan kerajaan. – UtusanTV

Janngan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PETRA peruntuk RM6.3 juta tangani banjir kilat George Town

LEBIH 39,550 penduduk di sekitar George Town dijangka mendapat manfaat daripada Projek Menaiktaraf Pam dan Kolam Takungan Banjir S18...

More Articles Like This