[VIDEO] Struktur pembinaan LRT runtuh, seorang disahkan maut

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG pekerja pembinaan warga Bangladesh disahkan maut selepas struktur pembinaan projek Aliran Transit Ringan (LRT) 3 berhampiran Hotel Premiere Bukit Tinggi, Klang runtuh secara tiba-tiba.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis memaklumkan, empat lagi pekerja masing-masing tiga warga Bangladesh dan seorang warga Indonesia turut mengalami cedera ringan.

Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan mayat seorang pekerja pembinaan yang tersepit dibawah runtuhan besi selepas struktur pembinaan Projek Aliran Transit Ringan (LRT) 3 runtuh berhampiran Hotel Premiere Bukit Tinggi Klang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Kata beliau, pihak bomba telah menerima panggilan pada pukul 2.41 petang dan tiba di lokasi sekitar pukul 2.58 petang.

“Runtuhan melibatkan perancah besi struktur pembinaan projek laluan LRT 3 berhampiran Hotel Premiere Bukit Tinggi.

Baca artikel berkaitan: Perancah besi pembinaan lebuhraya jatuh, 2 pekerja cedera

“Setakat ini, bomba telah berjaya mengeluarkan empat pekerja iaitu tiga warga Bangladesh dan seorang warga Indonesia yang mengalami cedera ringan.

“Seorang lagi warga Bangladesh bagaimanapun disahkan maut. Sebarang maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Struktur pembinaan Projek Aliran Transit Ringan (LRT) 3 runtuh berhampiran Hotel Premiere Bukit Tinggi Klang, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Kejadian itu turut tular selepas beberapa pengguna media sosial memuat naik video sejurus selepas kejadian itu berlaku.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This