SEBANYAK 20,596 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini yang juga rekod tertinggi kes harian setakat ini.
Ini juga kali pertama kes harian COVID-19 di Malaysia melepasi angka 20,000 setelah paling tinggi dicatatkan pada semalam dengan 19,819 kes.
Selain Selangor (8,549 kes) dan Kuala Lumpur (2,163 kes) yang kekal melaporkan kes tertinggi hari ini, terdapat empat lagi negeri yang mencatatkan lebih 1,000 penularan.
Empat negeri berkenaan ialah Kedah (1,446 kes), Johor (1,300 kes), Sabah (1062 kes) dan Pulau Pinang (1,022 kes).
Dua lagi negeri melaporkan kes melebihi 900 kes iaitu Negeri Sembilan (989 kes) dan Perak (916 kes).
Terendah hari ini Perlis dengan empat kes diikuti Labuan, 15 kes.
Baca artikel berkaitan: 98.1 peratus kes baharu kategori 1 dan 2, 257 lagi kematian
REKOD!! 19,819 kes baharu, 5 negeri lebih 1,000 penularan

Berikut pecahan kes mengikut negeri.
Sehingga 5 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 20,596 kes (1,203,706 kes).
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 8,549 (442,574)
WPKL – 2,163 (133,588)
Johor – 1,300 (96,687)
Sabah – 1,062 (89,910)
Sarawak – 759 (79,522)
Negeri Sembilan – 989 (75,767)
Kedah – 1,446 (52,103)
Pulau Pinang – 1,022 (49,939)
Kelantan – 772 (46,695)
Perak – 916 (41,665)
Melaka – 622 (34,153)
Pahang – 426 (27,199)
Terengganu – 501 (19,213)
WP Labuan – 15 (9,698)
WP Putrajaya – 50 (4,237)
Perlis – 4 (756)
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

