KERAJAAN bakal memberikan vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin.
Menurut Khairy, pengumuman terperinci mengenainya akan dibuat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) minggu depan.
Jelas beliau, keputusan memberikan vaksin kepada remaja berdasarkan saranan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada JKJAV.
Untuk itu, katanya, PICK akan memulakan vaksinasi dengan urutan keutamaan iaitu yang mempunyai masalah kesihatan dan peringkat umur.
“Pengumuman akan dibuat minggu depan oleh JKJAV tentang bagaimana vaksinasi COVID-19 untuk remaja akan dilaksanakan sesuai dengan pekeliling @ DGHisham dan garis panduan klinikal terkini,” tweet Khairy.
Baca artikel berkaitan: Vaksinasi dan perjuangan survival hidup
UK beli sampai 500 juta dos vaksin, apa mereka nak buat?
Remaja 17 tahun ke bawah tidak diberikan vaksin COVID-19
Baru-baru ini, beberapa negara telah memasukkan golongan remaja sebagai penerima vaksin COVID-19.
Langkah ini dibuat selepas kajian menyeluruh dilakukan mengenai keselamatan vaksin kepada golongan di bawah usia 18 tahun.
Antara yang telah memulakan langkah tersebut ialah Britain, Jerman dan tidak terkecuali, negara ASEAN, Kemboja.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

