Pemimpin UMNO semua peringkat perlu pertahan keputusan parti – Pengerusi negeri

Dari Penulis

PENGERUSI-pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri menggesa semua ahli dan kepemimpinan parti di semua peringkat cawangan dan bahagian untuk terus bersatu, bersetia dan mendokong kepemimpinan parti pada setiap masa.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh 13 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, mereka sepakat menggesa semua Ahli-Ahli Parlimen dan kepemimpinan parti untuk sentiasa mematuhi dan mempertahankan sebarang keputusan parti selaras dengan garis panduan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan UMNO.

“Semua ahli-ahli parti terus istiqomah berpegang teguh kepada prinsip perjuangan, peraturan dan tatasusila sebagai ahli UMNO,” kata mereka dalam kenyataan tersebut.

BERITA BERKAITAN Ahli-ahli Parlimen UMNO mesti bersatu hati kepada parti

Berikut ialah kenyataan penuh tersebut:

Perbincangan Pengerusi-pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri pada hari ini, 16 Ogos 2021 telah bersepakat untuk:

  1. Menggesa seluruh kepimpinan dan pendokong parti di semua peringkat UMNO Cawangan dan UMNO Bahagian untuk terus bersatu, bersetia dan mendokong kepimpinan parti pada setiap masa.
  2. Menggesa semua Ahli-Ahli Parlimen dan kepimpinan parti setiap masa untuk mematuhi dan mempertahankan sebarang keputusan parti selaras dengan garis panduan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan UMNO.
  3. Meminta agar semua ahli-ahli parti terus istiqomah berpegang teguh kepada prinsip perjuangan, peraturan dan tatasusila sebagai ahli UMNO.

  1. YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan
  2. YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Bin Wan Ismail
  3. YAB Datuk Ir. Hasni Bin Mohamad
  4. YAB Dato’ Saarani Bin Mohamad
  5. YAB Dato’ Seri Azlan Bin Man
  6. YB Datuk Ahmad Jazlan Bin Yaakub
  7. YB Dato’ Seri Haji Ahmad Bin Said
  8. YB Dato’ Sri Bung Moktar Bin Hj. Radin
  9. YBhg. Datuk Hj. Musa Bin Hj. Sheikh Fadzir
  10. YBhg. Mejar Jen Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom(B)
  11. YB Dato’ Sri Ab Rauf Bin Yusoh
  12. YBhg. Datuk Seri Hj. Johari Bin Abdul Ghani
  13. YB Tan Sri Noh Bin Haji Omar

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PKFZ raih pelaburan RM566 juta, muncul hab logistik pintar – Loke

ZON Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab perdagangan dan logistik serantau apabila berjaya menarik pelaburan terkumpul...

More Articles Like This