98 peratus kes baharu kategori 1 dan 2, kematian 178

Dari Penulis

SEBANYAK 178 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan pada hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 65 kes dilaporkan di Selangor, 36 kes di Johor, 23 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 11 kes di Sabah.

Katanya, turut dilaporkan masing-masing lapan kes di Pulau Pinang, Pahang, dan Melaka, lima kes di Kelantan, masing-masing empat kes di Negeri Sembilan, Sarawak, dan Terengganu serta masing-masing satu kes di Kedah dan Perak.

“Sebanyak 35 kes adalah jenazah dibawa ke hospital atau brought in-dead (BID) manakala 32 lagi tidak mempunyai latar belakang penyakit lain,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Noor Hisham, daripada 22,948 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 457 kes atau 2.0 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5.

Kata beliau, sebanyak 22,491 kes lagi atau 98.0 peratus adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

“Secara keseluruhan, 17,981 kes (78.4 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap divaksinasi.

Baca artikel berkaitan: REKOD!! 22,948 kes baharu, Sabah, Kedah lebih 2,000

225 kematian, 1.9 peratus kes kategori 3 hingga 5

“Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5,” jelasnya.

Dalam pada itu, sebanyak 42 kluster baharu dilaporkan dengan Selangor melaporkan jumlah kluster tertinggi sebanyak 12.

Katanya, bagi kategori kluster, tempat kerja melaporkan jumlah kluster tertinggi (23), diikuti komuniti (15), pusat tahanan (dua) dan masing-masing satu kumpulan berisiko tinggi dan aktiviti keagamaan.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Hilang kawalan ketika memotong punca pegawai polis, guru maut di Lenggong

KENDERAAN hilang kawalan ketika cuba memotong dipercayai menjadi punca kemalangan maut meragut nyawa seorang pegawai polis dan seorang guru...

More Articles Like This