SEBANYAK 17,029 kes atau 77.2 peratus daripada jumlah penularan baharu COVID-19 pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keseluruhannya daripada 22,070 kes yang dilaporkan, sebanyak 412 kes atau 1.9 peratus adalah daripada kategori 3, 4 dan 5.
Katanya, sebanyak 21,658 kes atau 98.1 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2 iaitu tidak bergejala atau bergejala ringan.
“Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu, menurut Noor Hisham, kes kematian akibat COVID-19 hari ini terus melebihi angka 300 apabila 339 kes kematian dilaporkan pada hari ini.
Katanya, ia melibatkan 103 kes di Selangor, 41 kes di Sabah, 40 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 38 kes di Pulau Pinang, 37 kes di Johor dan 20 kes di Kedah.
Baca artikel berkaitan: 393 kematian, 22,657 kes sembuh, tertinggi dalam tempoh sebulan
Lebih 60 peratus individu dewasa sudah terima dua dos vaksin
“Turut dilaporkan 15 kes di Perak, 13 kes di Negeri Sembilan, masing-masing lapan kes di Kelantan dan Pahang, enam kes di Melaka, lima kes di Terengganu, tiga kes di Sarawak, serta dua kes di Perlis,” jelasnya.

Kumulatif kematian akibat wabak itu di Malaysia kini berjumlah 15,550.
Sementara itu, seramai 982 individu positif COVID-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 470 memerlukan alat bantuan pernafasan.
Baca artikel berkaitan: 22,070 kes baharu, Selangor, Johor catat penurunan

Dalam pada itu, 28 kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini dengan komuniti tertinggi sebanyak 15 kluster diikuti tempat kerja (12) dan pusat tahanan, satu.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

