17,352 kes baharu, Selangor 2,126 kes

Dari Penulis

KES harian COVID-19 mencatatkan penurunan ketara hari ini apabila 17,352 kes baharu dilaporkan – terendah dalam tempoh kira-kira sebulan.

Kali terakhir negara mencatatkan penularan harian COVID-19 di bawah angka 18,000 ialah pada 23 Ogos lalu dengan 17,672 kes.

Hari ini juga menyaksikan penularan harian di Selangor turun kepada 2,126 kes yang mana beberapa minggu lalu negeri itu mencatatkan lebih 6,000 kes sehari.

Bagaimanapun ketika Lembah Klang mencatatkan penurunan kes, Sarawak pula mencatatkan kes yang tinggi.

Sama seperti semalam, Sarawak merekodkan kes melebihi angka 3,000 dengan 3,714 kes dilaporkan hari ini.

Ketiga tertinggi selepas Sarawak dan Selangor ialah Sabah dengan 1,844 kes.

Sementara itu, empat lagi negeri turut melaporkan kes baharu melebihi 1,000 kes iaitu Kedah (1,599 kes), Pulau Pinang (1,588 kes), Kelantan (1,213 kes) dan Perak (1,082 kes).

Terendah hari ini ialah Labuan dengan lima kes diikuti Putrajaya (23 kes) dan Perlis (38 kes).

Baca artikel berkaitan: 68 peratus dewasa lengkap vaksinasi, 289,958 dos diberi

20,396 kes baharu, penularan di Sarawak melonjak 3,747

Berikut pecahan kes mengikut negeri.

Sehingga 6 September 2021 Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 17,352 kes (1,862,187 kes)
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,126 (625,179)
WPKL – 398 (176,989)
Sabah – 1,844 (161,265)
Johor – 2,101 (151,459)
Sarawak – 3,714 (134,612)
Kedah – 1,599 (109,067)
Pulau Pinang – 1,558 (96,656)
Negeri Sembilan – 193 (93,042)
Kelantan – 1,213 (85,358)
Perak – 1,082 (74,960)
Melaka – 295 (50,765)
Pahang – 463 (47,365)
Terengganu – 700 (37,683)
WP Labuan – 5 (9,839)
WP Putrajaya – 23 (5,576)
Perlis – 38 (2,372)

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Bot karam, lima nelayan berdepan detik cemas sebelum diselamatkan di Pulau Nunuyan

LIMA nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang mereka naiki karam dipukul ombak sebelum diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia...

More Articles Like This