Hanya 22.8 peratus kes kategori 3, 4 dan 5 lengkap divaksin

Dari Penulis

SEBANYAK 77.2 peratus daripada 429 kes baharu yang berada dalam kategori 3, 4 dan 5 terdiri daripada mereka yang belum atau tidak lengkap divaksinasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 224 kes adalah mereka yang belum divaksinasi.

Katanya, sebanyak 107 kes lagi dalam kalangan individu yang belum lengkap divaksinasi.

“Hanya 22.8 peratus atau 98 kes baharu kategori 3, 4 dan 5 COVID-19 dikesan dalam kalangan mereka yang sudah lengkap divaksinasi,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Baca artikel berkaitan: 19,733 kes baharu, Selangor menghampiri angka 3,000 kes

Berdasarkan infografik yang dikongsikan Noor Hisham, sebanyak 19,304 kes baharu hari ini berada dalam kategori 1 dan 2 iaitu tidak bergejala atau kurang bergejala.

Daripada jumlah itu pula, yang lengkap divaksinasi hanya berjumlah 6,821 orang atau 35.3 peratus.

Sementara itu, kata Noor Hisham, situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan juga kurang berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk.

Katanya, perkembangan positif ini dapat terus dilihat sekiranya Malaysia telah mencapai kadar vaksinasi yang lebih tinggi.

“Justeru, kepada mereka yang belum mengambil vaksin COVID-19, adalah dinasihatkan untuk segerakan pengambilan vaksin bagi melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan dijangkiti COVID-19.

“Pada masa yang sama masyarakat diingatkan untuk terus mematuhi SOP bagi mengurangkan risiko dijangkiti COVID-19,” jelasnya.

Dalam pada itu, seramai 361 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 102 kes melibatkan jenazah dibawa ke hospital atau (BID) dengan 31 bukan warganegara.

“Jumlah yang dirawat di unit Rawatan Rapi (ICU) pula seramai 904 orang manakala 430 memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya.

Sementara itu, sebanyak 35 kluster baharu dilaporkan hari ini dengan Kelantan mencatatkan jumlah kluster tertinggi.

Bagi kategori kluster, tempat kerja melaporkan 20 kluster baharu melibatkan 916 kes.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This