Wakil rakyat dinasihat hormati titah Agong, henti politik lompat parti

Dari Penulis

AHLI politik yang terlibat dalam gerakan menukar kepemimpinan Kerajaan Negeri Melaka dinasihatkan tidak tergesa-gesa bertindak melompat parti untuk mengelakkan krisis politik yang tidak berkesudahan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, seluruh kepemimpinan parti politik membabitkan kerajaan dan pembangkang perlu menghormati Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani di peringkat Pusat bagi mengelakkan berlaku suasana ‘kelam kabut’ politik seperti yang berlaku di Melaka ketika ini.

“Kita dengar titah Tuanku Yang di-Pertuan Agong untuk kita menstabilkan keadaan politik, (supaya) membolehkan tumpuan kerajaan kepada pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi, kita dengar apa yang dititahkan itu agar wujudkan collaboration (kerjasama dalam politik),” katanya selepas majlis penyerahan bas baharu Mara Liner di Bengkel MaraLiner Kuala Nerang, di sini hari ini.

Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar pada masa sama mengingatkan ahli politik berkenaan memikirkan yang terbaik khususnya untuk mengekalkan kepemimpinan kerajaan negeri sedia ada yang diketuai Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali kerana Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) mungkin akan diadakan tidak lama lagi.

Kerajaan Negeri Melaka dikatakan bergolak ekoran dakwaan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada kerajaan sekarang difahamkan mahu meninggalkan blok tersebut.

Ekoran perkembangan itu, kerajaan negeri yang dibentuk hasil gabungan UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan wakil rakyat Bebas pada Mac tahun lalu kini berada dalam krisis.

Kerajaan negeri mempunyai 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang pula 11.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This