SEBANYAK 7,373 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini – penularan terendah dapat tempoh hampir 100 hari.
Kali terakhir negara merekodkan kes harian COVID-19 di bawah angka 8,000 ialah pada 7 Julai lalu iaitu 7,097 kes.
Sejak minggu kedua Julai 2021, kes baharu terus memuncak hari ke hari sehingga melebihi 20,000 jangkitan sehari pada Ogos.

Ia kemudian beransur turun terutama pada September sejajar dengan kadar vaksinasi yang tinggi di seluruh negara.
Menurut perkongsian data Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan 7,373 kes hari ini menjadikan kumulatif jangkitan COVID-19 di Malaysia kini berjumlah 2.33 juta kes.
“Sehingga 10 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 7,373 kes (2,339,594 kes).
“Maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my
“Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemas kini sekaligus selepas tengah malam,” katanya dalam Facebook beliau.
Baca artikel berkaitan: Butiran terperinci kes harian hanya dimuat naik di COVIDNOW
Mengubah tingkah laku, melihat COVID-19 cara baru, bye-bye peta
8,743 kes baharu COVID-19, pecahan ikut negeri lewat
Hari ini juga buat kali pertama statistik kes tidak diberikan perincian mengikut negeri.
Ini sejajar perubahan tingkah laku sebelum memasuki fasa endemik yang mana statistik kes masih dilaporkan tetapi perlu dilihat sama dengan data lain.
Antaranya data kadar vaksinasi dan penggunaan katil di hospital di seluruh negara.
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

