MENGUBAH haluan secara tiba-tiba memang perbuatan yang cukup berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.
Malah akibat pemanduan seperti itu, sudah banyak kemalangan berlaku termasuk yang mengorbankan nyawa.
Terbaru, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut selepas motosikal ditunggangnya gagal mengelak sebuah kenderaan yang dikatakan secara tiba-tiba mengubah haluan tengah hari tadi.
Kejadian tersebut berlaku di Kilometer 20.9, Lebuhraya Utara-Selatan Arah Utara di Kulai.
Ketua Polis Daerah Kulai Superintendah Tok Beng Yeow berkata, kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu mengakibatkan Lans Koperal Mohd Sofian Mohd Saad, 35.

Allahyarham bertugas di Cawangan Kem Komandan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara meninggal dunia di tempat kejadian.
“Kemalangan disyaki berlaku apabila arwah Mohd Sofian tidak dapat mengelak sebuah kereta perodua Alza yang secara tiba-tiba mengubah haluan ke lorong sebelah kiri jalan setelah memotong kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Mohd Sofian meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala, dan mayatnya dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di Kulai untuk bedah siasat, manakala pemandu kereta terbabit iaitu lelaki berumur 31 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay turut menziarahi jenazah Allahyarham di surau IPD Johor Bahru Utara.
Menerusi catatan di Facebook Polis Johor, Ayob Khan turut sama-sama dalam majlis tahlil untuk Allahyarham.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

