Politik Melaka: UMNO tak maksum, tapi PH tak perlu acah suci – Shahril

Dari Penulis

KETUA Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berharap rakyat Melaka dapat mempertimbang sepenuhnya apa yang telah berlaku, siapa dalangnya dan siapa menangguk di air keruh.

Kata beliau, yang pastinya ia bukan UMNO tetapi tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dianggap “panglima” oleh tukang sorak mereka.

Berikut kenyataan penuh Shahril seperti disiarkan di media sosial beliau:

TEMPOH hari saya tegaskan bahawa UMNO tidak wajar dipersalah kerana tindakan dua bekas ahlinya di Melaka (dan seorang lagi ADUN bukan ahli yang berubah-ubah pendirian @ “Beliau”) yang membawa kepada pembubaran DUN dan PRN Melaka.

UMNO tegas dan tangkas untuk memecat keahlian mereka. Apapun kelemahan UMNO, tiada siapa boleh pertikai parti mengambil tindakan yang jelas dalam hal ini dalam masa 24 jam.

Tetapi di pihak “sana”, mereka berjumpa dan bermesra dengan orang-orang sama yang digunakan untuk memukul dan mentertawa UMNO. Dalam ucapan di sebuah majlis PKR, orang-orang sama itu dirujuk sebagai “Panglima”.

Ada yang kata, apa salahnya Presiden PKR berjumpa dengan ADUN Melaka? OK, tak salah pun berjumpa.

Tapi apa ertinya apabila meraikan mereka dan merujuk mereka sebagai “panglima”?

Hari ini kita telah dapat jawapan – PH terbuka menjalin kerjasama dalam PRN Melaka. Kita tunggu apakah ini bermaksud kelak rakyat akan diminta pilih tiga individu ini atas tiket PH.

Baca artikel berkaitan: Idris sahkan jumpa Anwar, hanya minum malam sahaja

Jika tidak sekalipun, nampaknya PH menghargai “jasa” dan menganggap mereka sebagai aset. Ya, UMNO tidak maksum. Tapi PH juga tak perlu acah suci.

Semoga rakyat Melaka dapat mempertimbang dengan sepenuhnya apa yang telah berlaku, siapa dalangnya, dan siapa menangguk di air keruh.

Bukan Ketua Menteri. Bukan Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka. Dan tentunya bukan parti jauh sekali akar umbi UMNO khususnya di Melaka. Tetapi tiga orang ADUN berserta tukang catur dan sorak mereka.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This